Sabtu, 25 Ogos 2012

Dendeng Daging..

Teringin betoi nak makan Dendeng daging..tp xreti plak nak masaknye..ermm!!bg bg resepi x?

Ahad, 5 Ogos 2012

Info Jenis2 Rumpai Laut dan Gred

Ada 3 jenis rumpai laut kering yang berbeza warna, ketahanan/elastik, kebersihan dan tujuan/ kegunaan dalam pelbagai industri :


Gred AAA => Rumpai Laut kering violet

Gred AA => Rumpai Laut kering putih ( Steam method )

Gred A => Rumpai Laut kering biasa ( direct sun method )





Nutrisi - Rumpai Laut


Rumpai laut terkenal sebagai salah satu “superfood orang timur” kerana sifat alkalinenya yang kuat, juga mengandungi kandungan protein yang tinggi disamping beberapa mikronutrien penting, ciri-ciri yang mana mirip seperti bayam.

Secara amnya, rumpai laut ada berbagai jenis  dan species (dipecahkan kepada 3  jenis iaitu algae hijau, algae perang, dan algae merah). Ia tumbuh di kawasan air masin (laut) dan tertumpu pada kawasan yang cetek agar dapat menerima cahaya matahari yang cukup untuk menjalani proses fotosintesis. Memandangkan ia kekurangan sifat seperti tumbuhan yang lengkap (bersifat ringkas), ia memerlukan “sokongan” struktur untuk berpaut dan tumbuh. Itulah sebabnya Rumpai Laut seringkali dilihat tumbuh di kawasan laut yang cetek dan berbatu.
Antara khasiat dan fakta menarik berkenaan Rumpai Laut yang perlu anda tahu:
  1. Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak).
  2. Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.
  3. Kenapa sifat alkaline dalam Rumpai Laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, Rumpai Laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.
  4. Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.
  5. Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
  6. Beberapa jenis Rumpai Laut bertindak sebagai agen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui tahi.
  7. Ekstrak Rumpai Laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.
  8. Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.
  9. Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang terlalu banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine. Namun kejadian ini amat jarang berlaku tapi sekiranya ada tanda-tanda sakit perut, batuk, cirit - birit dan demam anda diyorkan minum segelas susu supaya dapat melegakan proses penghadaman dalam badan.

Keratan Akhbar

Projek Penanaman Rumpai Laut


Penanaman rumpai laut di Semporna, Sabah.


Daerah Semporna berada pada kedudukan strategik 'ladang' penanaman terbaik rumpai laut di dunia. Ia berkongsi plat lautan dengan Selatan Filipina dan Utara Sulawesi. Kawasan ini sejak dahulu lagi merupakan tempat pembiakan pelbagai spesis karang-laut, rumpai laut, plakton dan pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni. Secara semulajadi, ikan-ikan dan makanan laut disini bersaiz besar, segar dan tidak pernah berkurangan. Kunci kepada semua ini adalah kejernihan air laut yang mempunyai nutrien yang tinggi. Atas sebab-sebab ini, maka tidak hairanlah Semporna merupakan pusat penanaman rumpai laut terbesar di Malaysia.

Penanaman rumpai laut di Semporna dimulakan sejak 1970-an lagi. Ladang demonstrasi telah diwujudkan di Pulau Sebangkat pada tahun 1980. Penanaman rumpai laut merupakan alternatif kepada indusrtri perikanan di Semporna. Ramai nelayan dan pengusaha telah mula beralih kepada projek ini. Kini terdapat lebih 10 ladang besar di perairan Semporna.

Rumpai laut yang diusahakan adalah dari jenis 'Euchema cottonii' dan ia memberikan pulangan yang lumayan. Selain disokong oleh pihak berkuasa perikanan Sabah, kerajaan Malaysia juga telah mengisytiharkan yang industri rumpai laut sebagai 'berimpak tinggi' dalam Rancangan Malaysia Ke-SembilanJesteru Daerah Semporna dikehendaki untuk menghasilkan 250,000 tan metrik rumpai laut pada tahun 2010.

Resepi Kerabu Rumpai Laut


Bahan-bahan ( sekali makan )
  • rumpai laut
  • sedikit mangga muda - potong nipis2
  • 2 biji tomato - potong sesuka hati
  • 1 ulas bawang besar - potong nipis2
  • cili padi - kuantiti sesuka hati
  • 3,4 biji limau nipis
  • garam dan sos ikan

Cara-cara

  1. Potong rumpai laut, basuh hingga bersih, ramas dgn garam n celur dgn ari panas then toskan
  2. Gaulkan semua bahan, perah limau n ready to eat..(kalau rasa dia xmenepati citarasa, boleh di ubah mengikut citarasa anda..)

Sabtu, 4 Ogos 2012

Acu komen ckit..hehehe


Heheheh..rase2nye betoi kaaa....tepuk dada tanya selera! Weeeeee.... :-) xoxo

Kolagen Asli dr Rumpai Laut (Mentah)


Salam Semua...Ingin berkongsi info sikit berkenaan dengan kolagen asli berasaskan rumpai laut ni...sumber rumpai laut ni hanya terdapat di Semporna,Sabah aje..hehehe..Baca keterangan di bawah ni erk...

KOLAGEN :- 10x ganda tinggi dari sirip yu (satu mangkuk kecil RM300)- khasiat same dengan sarang burung layang-layang (RM400 hingga ribuan)- 24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang-layang,ia tahan 3-4 weekstok leh simpan smpai 3 bulan pun blh sebab da dikeringkan..

• Membantu menurunkan kolesterol dalam tubuh.
• Membantu merawat gastrik.
• Bertindak sebagai Antikulat dan Antibakteria.
• Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
• Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
• Membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
• Membantu merawat penyakit gout.
• Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh.
• Menguatkan tulang dan sendi.
• Meningkatkan sel rawan dan otot.
• Merawat penyakit gaut.
• Mencegah kanser
• Merawat Anemia.
• Menurunkan kolestrol dalam tubuh.
• Menyerap lebihan garam dalam tubuh(lumpuh).
• Melicin dan menegangkan kulit serta payu dara (anti penuaan).
• Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat).
• Menpercepatkan penyembuhan luka. • Menstabilkan kandungan gula dalam darah(kencing manis).
• Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas.
• Menberi Kekenyangan(diet).
• Melancarkan sistem metabolisme.
• Memulihara usus kecil (sembelit)

BERAT PER PACK : 100GRAM UTK 4 MINGGU PENGAMBILAN


CARA MENYEDIAKAN * KENA RENDAM SEMALAMAN
* BASUH 5-6 KALI BILAS
* REBUS DGN AIR YG BYK ( 2-3 LITER )
* SMPAI MENDIDIH N KELIHATAN SPT JELLY ( AGAR2)
* MASUKKAN DALAM BEKAS KECIK2 ( CADANGAN SAHAJA )
* BILA DAH SEJUK SIMPAN DALAM PETI
MASA YG SESUAI UTK MAKAN * BANGUN PAGI SEBELUM GOSOK GIGI
* MALAM SEBELUM TIDOR



CARA MAKAN * AMBIK 2-3 SUDU BOLEH DI CAMPUR DALAM JUS BUAH,MADU,RIBENA,SUNQUICK(ALA2 NATA D COCO GTU)
* NAK MAKAN MCM TU JE PON BOLEH.... (Campur ngan madu ckit pun sodap)

- KOLAGEN NI TAHAN LAMA SBB IA NYA ANTI BACTERIA

-SIAPA YG BOLEH MAKAN COLLAGEN NI ? * IBU MENGANDUNG - KULIT BABY JADI CANTIK (untuk kandungan 4 bulan keatas shj) -1 sudu je taw
* IBU RASA BERTENAGA N TAK MUDAH LETIH
* IBU MENYUSU - BLH MKAN XDA MSLH...KOLAGEN NI TINGGI MINERAL,HAMPIR MENYAMAI SUSU IBU
* KANAK-KANAK YANG BERUMUR 2 TAHAN KE ATAS
* WANITA SELEPAS BERSALIN TIDAK DIGALAKKAN MAKAN RUMPAI LAUT HINGGA SELEPAS 2 BULAN


TANPA BAHAN PENGAWET 100% DARI BAHAN SEMULAJADI KHASIAT PURE MARINE
Kesannya boleh dilihat dalam seminggu penggunaan...kulit akn nmpak lebih cantik,putih,licin dan gebu...klu mkn dgn scr bersistem...insyaallah akn dapat mmbentuk berat badan yg langsing dan ideal juga kerana ia boleh membantu penurunan berat badan... Tapi nak pakai/makan ni kan..kena la bersabar ngan result nye..idak le bile pakai terus dia lawa on the sport kan...hehe...sekurang2nye kena la tunggu dlm seminggu 2..bg ianya sebati dlm tubuh badan kita ni...pastu br la nampak sikit2..t lama2 ok lar kan..jd kena selalu amalkan la..klu kejap makan,kejap idak..mane r mende alah ni nak btl2 menjadik kan..Lg 1 amalan yg kita kena jugak selit iaitu sebelum minum selawat pd ALLAH ya..kerana semuanya datang daripada NYA...
Berminat? Harga tidak la mahal sangat RM 40/100 gram (Sebulan punye stock pakai) :-)
(xtermasuk dgn kos penghantaran lg)

Haa..Nampak x perbezaannye...

Pori-pori muka dah semakin kecil kan..t lama2 xde terus..insyallah!!