Jumaat, 19 Julai 2013

Selamat Malam...

As Salam kengkawan, hehehe dha malam kan..baru je pas sahur...mlas nk bangun kul 4am kan..so supper awal2 lha jawapnye...al maklumlah duduk un berdua je dgn anak pompuan saya...huhuhu..nasib2 kan tp redha je lha... okaylha kengkawan..selamat malam dan kepada yg bersahur karang tu jgn terbabas plak ea...selamat malam dan good nite.. xoxo..

Ahad, 14 Julai 2013

Kek Keju Puding Karamel


Bahan-Bahan [ loyang 8x8 ]

Bahan karamel
-60 gm gula kastor

Bahan puding
-3 biji telur
-1 tin susu cair
-60 gm gula kastor
-1/2 sudu makan tepung kastad
-1 sudu teh esen vanila

Bahan  kek

Bahan A
-250gm cream cheese
-80gm tepung kek
-20gm tepung jagung
-6 biji kuning telur
-50gm butter
-100ml susu segar
-1 sudu besar jus lemon
-1/4 sudu kecil garam [ tak letak ]

Bahan B

-140gm gula
-6 biji putih telur
-1/4 sudu teh cream of tartar

Bahan C

-pewarna pink ( perisa strawberry )
-pewarna biru ( perisa vanila )
-pewarna ungu ( perisa blueberry )


Cara-Cara
  1. Bahan Karamel : Buat karamel dalam loyang 8x8. Gerakkan loyang supaya karamel sekata pada setiap permukaan. Biar keras dan ketepikan.
  2. Bahan Puding : Campur semua bahan dan kacau dengan perlahan. Jangan sampai berbuih. Kemudian tapis ke dalam adunan karamel tadi.
  3. Bahan Kek : Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan menggunakan kaedah double boiler dan sejukkan.
  4. Kemudian campurkan tepung kek, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam aduna cream cheese tadi. Gaul sebati dengan whisk.
  5. Dalam bekas lain, pukul putih telur dengan gula hingga kembang. Kemudian masukkan cream of tartar sedikit demi sedikit dan pukul dengan high speed. Pukul hingga menjadi bertanduk.
  6. Campurkan adunan A ke dalam adunan B. Kaup balik hingga sebati.
  7. Bahagi kepada tiga bahagian sama banyak dan masukkan pewarna dan perasa.
  8. Senduk satu adunan dan tuang diatas adunan puding tadi pada bahagian tengah. Sentiasa letakkan adunan kek di tengah-tengah. Buat dengan warna lain sehingga habis.
  9. Masak menggunakan kaedah " Water Bath " iaitu loyang kek di masukkan kedalam loyang yang lebih besar kemudian masukkan air. Bakar selama 1 jam pada 150C [ ikut oven masing-masing ]. 50 minit pertama api bawah sahaja, 10 minit terakhir api atas dan bawah.
  10. Setelah masak buka pintu oven sedikit dan biar kek dalam oven lebih kurang 20 minit. Kemudian baru keluarkanya. Sejukkan dan simpan dalam peti sebelum dihidangkan....

Sabtu, 13 Julai 2013

Wedding Adik Ipar.. Jaja & New Hubby... Newly Wed gitu...

















Inilah dye pic yg saya snap.. ada agi tp xsempat nak edit plop.. huhu... okay kew ase2 nye... baru nak blajor katakan... heheehe...

Duhai Hati.....

Duhai hati,
Jangan pernah kau kering,
Jangan pernah kau tandus,
Jangan pernah kau gersang.
Kerana diri tak kan pernah mahu kembali ke masa silam...

Duhai hati,
Jangan pernah ke kiri dan ke kanan,
Jangan pernah ke depan dan kebelakang,
Jangan pernah berganjak walau sedikit,
Tetaplah engkau di jalan ini,
Walau pahit yang kau hadapi,
Tetaplah engkau demi syurgaNya.

Duhai hati,
Tetaplah sujud padaNya..
Ingatlah engkau segala nikmat-nikmatNya, Syukurlah engkau segala pemberianNya, Redhalah engkau atas segala kehendakNya, Jadilah sebaik-baik hati duhai hati...

Ya Rabbi,
Kurniakan kami sekeping hati,
Yang senantiasa mengingatiMu,
Yang ikhlas berdiri di jalanMu,
Yang sanggup berjuang demi agamaMu. Kuatkan kami Ya Allah...
Kuatkan kami.. Kuatkan kami..
- Aamiin Ya Rabbal A'lamin -

Hobi Baru Saya....Photografer



As Salam kawan2, disini nak share le hobi baru saya ni ha.. iaitu mengambil gambar..xkira lew gambar sendri ke(syok sendri skali skala an) ataupun pic kengkawan..hehe..sebabnye setiap gambar ada cerita tersendri tull tak..hehe... ni saya ambil semasa perjalanan nak balik ke kampung halaman dii Kuantan Phg... singgah kejap di LadanG Strawberry.. bawa anak2 kesana berjalan sekali skala kan...bukan senag nk dpt peluang camni kan..hehe.. t byk lg pic yang saya snap untuk tatapan kengkawan juga ea disamping memantapkan lg utk sy menjadi jurufoto yg ALA-ALA suam kuku gitu..keh keh kehhh!!

Amylea-Seperti Dia (OST Ramadan Yang Hilang)



As salam.. Dha lama x jenguk blog sendri.. al maklumlah kan... sibuk sikit... Bulan ramadhan pun dh menjelma kan.. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarakh...hehe... Selamat Bersahur dan Berbuka dengan senang hati... Kehidupan saya.. mcm biasa lha..tiada yg istimewa...hari2 menjalani kehidupan dengan penuh sabar dan kuat...insyallah....sama2 lha kita doakan ea...disini saya selitkan sebuah lagu dr Amylea.. seperti dia.. suka sgt lagu ni.. syahdu je ase..mendayu2 nokkkxx..