Ahad, 14 Julai 2013

Kek Keju Puding Karamel


Bahan-Bahan [ loyang 8x8 ]

Bahan karamel
-60 gm gula kastor

Bahan puding
-3 biji telur
-1 tin susu cair
-60 gm gula kastor
-1/2 sudu makan tepung kastad
-1 sudu teh esen vanila

Bahan  kek

Bahan A
-250gm cream cheese
-80gm tepung kek
-20gm tepung jagung
-6 biji kuning telur
-50gm butter
-100ml susu segar
-1 sudu besar jus lemon
-1/4 sudu kecil garam [ tak letak ]

Bahan B

-140gm gula
-6 biji putih telur
-1/4 sudu teh cream of tartar

Bahan C

-pewarna pink ( perisa strawberry )
-pewarna biru ( perisa vanila )
-pewarna ungu ( perisa blueberry )


Cara-Cara
  1. Bahan Karamel : Buat karamel dalam loyang 8x8. Gerakkan loyang supaya karamel sekata pada setiap permukaan. Biar keras dan ketepikan.
  2. Bahan Puding : Campur semua bahan dan kacau dengan perlahan. Jangan sampai berbuih. Kemudian tapis ke dalam adunan karamel tadi.
  3. Bahan Kek : Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan menggunakan kaedah double boiler dan sejukkan.
  4. Kemudian campurkan tepung kek, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam aduna cream cheese tadi. Gaul sebati dengan whisk.
  5. Dalam bekas lain, pukul putih telur dengan gula hingga kembang. Kemudian masukkan cream of tartar sedikit demi sedikit dan pukul dengan high speed. Pukul hingga menjadi bertanduk.
  6. Campurkan adunan A ke dalam adunan B. Kaup balik hingga sebati.
  7. Bahagi kepada tiga bahagian sama banyak dan masukkan pewarna dan perasa.
  8. Senduk satu adunan dan tuang diatas adunan puding tadi pada bahagian tengah. Sentiasa letakkan adunan kek di tengah-tengah. Buat dengan warna lain sehingga habis.
  9. Masak menggunakan kaedah " Water Bath " iaitu loyang kek di masukkan kedalam loyang yang lebih besar kemudian masukkan air. Bakar selama 1 jam pada 150C [ ikut oven masing-masing ]. 50 minit pertama api bawah sahaja, 10 minit terakhir api atas dan bawah.
  10. Setelah masak buka pintu oven sedikit dan biar kek dalam oven lebih kurang 20 minit. Kemudian baru keluarkanya. Sejukkan dan simpan dalam peti sebelum dihidangkan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan