Ahad, 23 September 2012

Resepi Rumpai Laut 2..Yummy..bole try d umah ya

Biasanya org sabah buat mcam umai tu..tp cuma boleh mkn beberapa mulut shj kerana hanyir yg terlalu sangat...Lepas tu akak rendam dengan tepung gandum dan beberapa keping asam keping. Besoknya baru akak proses. sedap wooo..rasa kenyal2 mcm sotong rendam. Ade bwk ke tempat kerja sikit, kasi kawan2 rasa. Ade kawan cadangkan agar buat rojak mcm rojak sotong rendam tu..Cukup bagus idea tu tp sayang rumpai tu dh habis....huhuhu..


KERABU RUMPAI LAUT

Rumpai laut secukupnya: direndam dengan air+tepung gandum+asam keping semalaman bg hilangkan hanyirnya...

SAMBAL KERABU

1/2 biji kelapa parut - dibuat kerisek
5 ulas bawang merah ] dihiris
3 ulas bawang putih ] dihiris
lada hitam ditumbuk
2 ekor ikan kembong. dibakar dan diambil isinya
2 batang serai ] dihiris
garam
gula

Caranya:
>>Kelapa parut + bawang merah + bawang putih + serai digoreng tanpa minyak - dibuat kerisik.(ditumbuk/diblend)
>> Campurkan dengan garam, gula, isi ikan + lada hitam yang ditumbuk. Siap.


Caranya:
>>Kelapa parut + bawang merah + bawang putih + serai digoreng tanpa minyak - dibuat kerisik.(ditumbuk/diblend)
>> Campurkan dengan garam, gula, isi ikan + lada hitam yang ditumbuk. Siap.

AIR CILI

>>Cili api + Cili merah + bawang putih ditumbuk kasar.
>>Campurkan dengan cuka dan sedikit air + garam.+ gula

KUAH TUMIS
>> Halia + cili kering + bawang putih + bawang merah + serai + santan pekat + serbuk kunyit+ garam + asam keping dimasak sehingga naik minyak dan pekat.

Penyedap rasa:
>>Budu+cili api+air limau nipis..

Campurkan kesemua sekali dan gaul sebati.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan